Monday, March 1, 2010

SATE AYAM

Bahan-bahannya

500g peha ayam
1 biji bawang besar, dihiris halus
1 biji bawang putih, digiling
1 sudu besar halia, diparut
1 tangkai serai, dihiris halus
1 sudu besar gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh jintan putih
200ml santan kelapa

cara membuatnya

Rendamkan 20-24 lidi buluh didalam air sejuk selama 4-5 jam untuk mengelakkannya daripada hangus apabila dibakar
Potong peha ayam kecil-kecil iaitu kira-kira 5 cm panjang dan 2 cm lebar
Kisar bawang besar besama bawang putih, halia dan serai. Tambahkan gula, garam, jintan putih dan santan kelapa dan gaulkan sehingga sebati.Perap potongan-potongan kecil ayam di dalam campuran bahan-bahan ini sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman
Cucukkan lidi buluh kepada 2 atau 3 potong daging ayam. Bakar arang dan kipaskan sehingga baranya menjadi sangat panas
Panggang sate kedua-dua belah bertukar warna menjadi keemasan dihidang panas dengan kuah kacang

Thursday, February 25, 2010

AYAM MASAK THAI



Bahan-bahannya

750g dada ayam, dihiris kecil
2 tangkai serai, bahagian putih sahaja, dihiris halus
3 biji lada merah, dihiris halus
4 biji bawang putih, digiling
2 sudu besar minyak
100g kacang gajus
1 1/2 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar gula merah
2 sudu teh tepung jagung, dicampur 1 sudu teh air

Cara membuatnya

Masukkan ayam ke dalam mangkuk besar dengan serai, lada, bawang putih dan halia. Gaulkan hingga sebati
Panaskan kuali di atas api sederhana panas, masukkan 1 sudu teh minyak. Masakkan kacang gajus dan masak selama 1 minit atau sehingga berwarna keemasan. Alihkan
Panaskan baki minyak ke dalam kuali, masukkan ayam sedikit demi sedikit dan goreng sembil kacau di atas api sederhana selama4-5 minit, atau hingga warnanya keemasan
Masukkan air perahan limau, sos ikan, gula merah dan masak selama 30-60 saat. Tambahkan tepung jagung dan kacau hingga adunan menjadi pekat. Masukkan gajus dan hidangkan dengan nasi

SAGU GULA MELAKA



Bahan-bahannya

100g gula melaka
1 cawan sagu biji
125 ml santan kelapa pekat
Sedikit garam

Cara- cara membuatnya:

Masukkan gula melaka di dalam kuali dengan 250ml air. Letakkan kuali di atas api yang sederhana panas, kacau hingga gula larut.
Bubuh 1.5 liter air ke dalam kuali lain dan biarkan mendidih. Ketika ia berbuih, tambahkan sagu sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga 10- 15 minit sehingga sagu lembut dan lutsinar. Buangkan air dan bilas di bawah air sejuk.Buangkan air.
Campurkan sagu dengan kelapa dan garam dan sendukkan ke dalam acuan. Biarkan sejuk
Keluarkan dari acuan. Tuang satu sudu besar baki gula melaka dan satu santan kelapa di atasnya

ROTI JALA



Bahan-bahannya

125g tepung
1/2 sudu teh garam
250ml santan kelapa cair atau susu segar
1 biji telur,dipukul
1 sudu teh minyak sayuran, ditambah 2 sudu besar minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

Tapis tepung dan masukkan ke dalam mangkuk. Bubuh garam, susu, telur dan 1 sudu teh minyak sayuran, dan pukul sehingga sebati. Biarkan selama 5 minit
Panaskan kuali, dan sapukan lembut dengan minyak. Masukkan adunan ke dalam bekas berlubang di bawahnya, dan buat bentuk garisan-garisan nipis di dalam kuali
Goreng sehingga 30 saat, sebelum terbalikkan dan goreng lagi untuk 30 saat tanpa membiarkan ia berubah warna menjadi kekuningan. Keluarkan dari dalam kuali dan lipat kepada suku bahagian.

RENDANG DAGING



BAHAN-BAHANNYA

3 sudu besar kelapa parut
2 biji bawang putih, ditumbuk
1 biji bawang besar, dihiris-hiris
2 tangkai serai, dipotong
6 biji lada kering, direndam dan dikeringkan
2 sudu besar halia, diparut
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu besar minyak sayuran
600g daging batang pinang, dipotong kecil
250g santan pekat kelapa
1 sudu teh asam jawa dicampur 1 sudu besar air
4 jintan manis
1 batang kulit kayu manis

Cara membuatnya

Panaskan kuali, bubuh kelapa parut dan panaskan hingga berwarna keemasan terang. Kisar kelapa ini tadi bersama bawang putih, bawang merah, serai, cili,halia,garam dan gula. Panaskan minyak di dalam kuali. Bubuh bahan-bahan ini ke dalam kuali dan masak sambil kacau selama 5 minit sehingga naik baunya. Bubuh daging dan masak sambil kacau selama 5 minit sehingga berubah warna.
Tambahkan santan, 125ml air, air asam jawa, jintan manis dan kulit kayu manis dan masak hingga mendidih sambil kacau berterusan.
Perlahankan api dan biarkan pada takat didih tanpa ditutup 1 1/2 jam sehingga daging berwarna kehitaman
0

Wednesday, February 24, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum....hai semua kiteowang nak kongsi pelbagai masakan dengan kowang.....Masakan cina, thailand, melayu dan sebagainya....Kiteowang akan sedia resipi yang tentu kowang kena cuba....KALAU TAK CUBA MESTI RUGI.....Jadi nikmatilah dengan nikmatnya...

Monday, January 25, 2010

kawan ku

assalamualaikum....tgah wat pew